Skip to main content

Kalau Tengah Drive Tak Payah La Suap Mee Goreng Kat Mulut....Bahaya Tau Tak.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni tak nak marah-marah. Cuma nak berkongsi pengalaman pergi kerja pagi-pagi ni. Kalau ikut hati memang la geram. Tapi apa boleh buat, boleh tengok je la gelagat orang-orang yang tak sayang nyawa sendiri dan penting kan diri sendiri neh.

Biasanya bising sebab orang suka menyelit, tapi pagi ni aku dapat tengok perkara yang lebih menarik. Memang geleng kepala di buatnya. Sabo je la. Aku follow satu van ni. Tetiba aku nampak polistrin kat tempat driver. Aku ingat orang yang sebelah yang makan tapi kalau orang sebelah yang makan kenapa polistrin tu kat tempat driver?? Bila ada peluang memotong, aku pun potong la van tu. Tengok-tengok driver tu yang tengah makan. Tangan dua-dua belah pegang polistrin, siku yang kawal stereng. Memang betul-betul hebat. Patut la cara dia masuk ke kiri ganas semacam je. Mata pulak bukannya tengok kat depan, lebih banyak tengok makanan kat dalam polistrin tu. 

Macam-macam perangai pemandu kan Malaysia ni. Patut la Malaysia antara negara yang paling tinggi jumlah kemalangannya. Jangan tiru aksi di atas oke. Jadi pemandu yang berhemah..Ingat apa pesan aku kat entri lepas??Kalau tak ingat tengok kat sini

Comments

shida said…
ho3...pemandu kt Malaysia ni hebat2...mcm2 style ada..kt negara lain mana ada cmnie..ahaks...:)
Ain Zulaikha said…
memang selalu buat camtu termasuk lah saya, tapi kalau tengah drive tak buat pun camtu, sy pemandu yg berhemah hahahahha, sy just suapkan makanan kat pemandu je heheheh
SoLy SoLicious said…
pemandu msia advance ha..heee
Saripah Kejora said…
adoii....teruk jugak situasi ni..mcm kelakar..tp merbahaya!
Zul fattah said…
terbaik.. memang pro r..
Nasz said…
hehehe.. pemandu negara kita camtu la.

org teluk intan ek? tadi baru je pegi teluk intan. hehe.

MOHD NASER.com
nini said…
pergh....dasat a....haha
Marina said…
uish dasyatnyer...kalau kentang goreng boleh terima lagi sebab marina pon wat camtu...ni mee goreng...kalau nasi lemak daun pisang camne plak gayenyer ye...hehe
IntaNBerliaN said…
isk.. biar betoi... bahaya tau..!! macam2 perangai pemandu.. xpikir keselamatn org lain
Bicara Bisu said…
Malaysia bukan sj famous dlm perkara yg baek..

tp famous jgk dlm bab2 skill ats jln rya nie..huhuhu..

rakyat kita berpakej lah...huhu

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da