Skip to main content

Bos bos ku yang hensem =D

Assalamualaikum w.b.t

Dah tiba masa mengarut aku. Hahahaha.. Di kala aku mengantuk ni aku teringat pulak kat bos-bos aku ni. Ade banyak persamaan. Yang berbezanya seorang Chinese sorang lagi Melayu.

Persamaan dorang pulak, hensem, ada wife yang cantik dan kaya, kalau tak kaya tak da la dorang jadi bos aku kan. Pulak tu kalau bercakap senyum memanjang.

Kalau tengok bos aku yang melayu ni la, fikir-fikir balik, macam mana la anak dara tak terpikat dengan orang tua yang sama baya dengan bapak dia kalau dah orang tua tu muka hensem, pastu cakap dengan orang tersenyum, hati plak baik, tak  menggatal or mengambik kesempatan. Silap hari  bulan anak dara tu yang offer diri untuk jadi bini nombor dua. Hahahhaa

Semua yang aku cakap ni bukan aku ye. Iman kuat lagi. Tak sanggup aku nak jadi mak tiri pada anak-anak dia yang sama baya dengan aku tu. Jadi menantu dia aku mau. Hahahahahaha

Ini bukan entri mengaja anak dara jadi pemusnah rumah tangga orang tau. Kepada anak-anak dara yang masih solo (mcm aku ni) jangan jadi orang ketiga k. Cari yang bujang-bujang. Kalau isteri orang tu sendiri yang datang meminang tu lain cerita.

Moral of the story, kalau orang tu baik dengan kita, jangan kita ambik kesempatan pulak... Sekian Wassalam..=)

Comments

- AZIE - said…
untungla dikelilingi bos2 ensem hehehehehehe
yup btl tu,jangan ambil kesempatan..
kalau bos nye hensem,mesti best je nak buat keje kan?hehehe
nini said…
betul...kalo orang wat baik ngan kita jangan nak amik kesempatan lak...=p
IntaNBerliaN said…
hehhe betoi3.. jgn nak amik kesempatan.. :-)

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da