nuffnang

Thursday, October 6, 2011

Baru aku tau aku ni BAIK SANGAT.....Hahahahahaha

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...

Tu mesti ada yang tak puas hati bila baca tajuk entri aku. Sabo dulu, bace entri aku sampai habis baru korang tau apa yang di maksudkan dengan Baik Sangat tu.


Tadi masa aku pergi toilet, aku pandang cermin, lepas tu terus aku tergelak sorang-sorang. Nak kate aku tak betul la tu. Aku waras lagi, tetibe kenangan lampau aku menjengah ke kepala otak. Yang menyebabkan aku tergelak sebab aku dengan sahabat baik aku, Sazatul Ilya Suzaima, berlakon dengan jayanya di depan abah aku yang garang gile tu. Kalau la rahsia kite orang ni kantoi, mampus kena hempuk neh.

Nak di jadikan cerita, masa aku semesta 6, aku balik kampung pada cuti tahun baru. Pada hal baru je balik kampus mase tu. Bukannye dekat dari Kedah ke Perak. Mak aku pun hairan, baru je balik ke Kedah, dah nak balik ke Perak. Aku cakap kat mak, aku balik sebab kelas tak mula lagi. Padahal, aku dengan ilya ada rancangan len. Kite orang nak ke Ipoh pergi jumpa kawan. walau pun masa tu umo kite orang dah di kira dewasa, mak aku ni kalau tau aku merayau jauh-jauh memang die tak bagi. Bukan mak aku je, mak Ilya pun same. Terasa sangat la kite orang ni masih lagi kanak-kanak riang kan.


Masa tu Ilya pun study kat Ipoh, pak we aku pun orang Ipoh jugak. Tu mase dulu k. Sekarang i single. Muahahahaha...Tak da masa nak berjiwang dah. Aku pergi Ipoh bukan je nak teman kan Ilya tetapi nak jumpa pak we aku skali. Aku dah beli tiket siap-siap untuk ke Ipoh nek bas transnasional. 

Bas yang aku naik tu pun akan ke kedah jugak tapi dia akan singgah ipoh dulu. Jadi tak de la nampak sangat aku menipu kan. Sebab aku beli tiket ke Ipoh bukannye ke Kedah. Tapi yang merisaukan aku, mesti abah aku hairan kalau nampak Ilya naik bas sama dengan aku, pulak tu duduk sebelah menyebelah. Abah aku kenal baik dengan Ilya, dah name pun kawan baik kan.

Maka kepala otak aku ni telah menyumbangkan idea gila kat Ilya. Aku suruh dia berlakon terserempak dengan aku mase kat stesen bas. Muahahahahahahaha.. Dah la aku dengan die tak reti berlakon. Kalau berlakon mesti nak tergelak bile tengok muka masing-masing. Masa kite orang buat-buat terserempak kat stesen bas tu memang dah kembang kuncup hidung aku sebab menahan gelak. Nasib baik la bas tu cepat jalan. Kalau tak..naye...


Itu la yang menyebabkan aku tergelak mase dalam toilet. Punye la baik kite orang ni. Sampai sekarang abah aku tau kegiatan jahat aku tu.. Kalau kantoi mau kena libas dengan kayu api. Hahaha.. Mak, abah Oli mintak maap tau. Sekarang dah buat macam tu lagi. Hehehehehe

6 comments:

Nazirah said...

haha..nak bersuka ria punya pasal..

nur fatin said...

baru ku tahu siapa dirimu..wahahahah

Zul Fattah said...

kejam.. haha... sanggup ko tipu ayah ko? :P

oli-go said...

nazirah: hahaa..tu zaman kanak-kanak riang..skang tak mcm tu dah..

fatin: yes i'm..kamu je yang tak kenal akak..akak kenal kamu..

fattah: aku tak tipu teruk-teruk pun...

NasZ said...

biasalah tu. masa tu terasa nak bebas skit kan?

msredcheesecake said...

Ni kalu abah baca entry ni....

anda mungkin meminati: