nuffnang

Sunday, October 16, 2011

Sabtu dan Ahad yang membosankan..Huh!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera....

Bosan nye hari sabtu dengan ahad kalau tak da benda nak di buat. Dulu tak rase bosan sebab aku buat part time. Tapi skang ni memang aku dah tak buat part time hari sabtu ahad sebab penat. Tapi bosan pulak. Jumaat malam sabtu je dah mula kepala otak aku ni plan nak buat ape hari sabtu dengan ahad.

Hari sabtu oke la, aku keluar dengan Fatin. Fatin nak survey hand bag dengan charger laptop. Aku pulak nak jumpa kawan. Hati aku ni memang tak keruan betul seb bek ade Fatin so tak de la gabra sangat. Dah mamat tu yang beria nak jumpa. Lagi pun tak pegi mana-mana, makan (mamat tu je la yang makan, aku dah makan awal-awal..hahahhaha) lepas tu dia ajak tengok wayang. Cite ape tah aku tak ingat tajuk dia tapi cite tu tempat duduk dah full. Dia pegi amik cite lain. The Thing. Boleh tahan best la, penuh dengan debaran. Perut aku yang kenyang jadi lapar balik sebab tengok cite tu. Tak boleh nak dijangka apa yang terjadi seterusnya. Dan banyak babak yang buat aku terkejut. Awal-awal lagi aku dah terkejut. Siap melatah lagi.

Hari ni plak aku pergi tengok libas plak. Cite tu dah kua lama tapi aku baru nak tengok. Aku pegi dengan Lini, housemate aku. Not bad la cite tu. Ade lawak, ade series ade lawan-lawan sikit. Tak bosan. Lepas tu pergi popular, nak beli file untuk bos aku, lini plak cari cutter. Entah nak buat ape dengan cutter tu pun aku tak tau la..Hati aku ni dari awal pagi nak check blog. Tapi dah lini ikut skali kena tengok wayang dulu la. Lepas tu aku hantar lini balik, aku keluar pergi cc. 

Sampai je kat cc, eksited la aku nak blog walking. Sekali pc mati dengan tiba-tiba. Dua kali pulak tu. Memang betul-betul spoil. Lepas tu bau rokok jangan kate la. Mase aku taip entri ni, orang sebelah aku tengah menghidupkan api rokoknya. Aku ni dah la tak tahan dengan asap rokok. Ni memang nak suruh aku balik cepat. Taip pun dah macam orang tak cukup jari. Typo je. Tapi ok la dapat jugak aku tengok blog aku walaupun sekejap. Nak BW je tak dapat.

Aku nak chow dulu neh sebab asap rokok semakin berkepol-kepol kang sesak nafas pulak. Jumpa esok na..Papai..


p/s macam perompak nak melarikan diri je aku ni...


3 comments:

Mizfantagiro said...

Sy paling tak suke bau asap rokok..tambah2 bila dh melekat kt baju...grrrrr!

nur fatin said...

hahaha..tanak citer ke ape yg akak melatah tu...ooomakkk kau....

IntaNBerliaN said...

ee akak pun mmg xsuka bau asap rokok!! busuk.. nasiblah hubby akak xmerokok..

anda mungkin meminati: