Skip to main content

Aku Ni Garang Orangnya Tau Tak......

Assalamualaikum w.b.t

Sementara tunggu pukul 12 malam, bek aku  menghabiskan masa dengan menaip entri. Bos pinjam sat na komputer. Hehehehehe...Kebetulan pulak dua tiga hari ni aku kena ajar budak baru. Aku ni memang dari dulu sampai sekarang memang tak suka mengajar orang. Bukannya aku kedekut ilmu tapi aku cepat naik angin kalau orang tak paham apa yang aku ajar.

Aku jenis yang tak suka marah-marah tapi cepat marah. Macam mana tu? Aku memang tak boleh nak handle masalah aku ni. Dulu aku pernah jadi cikgu tadika. Kesian budak-budak tu asik kena marah dengan aku. Lagi kalau yang banyak main-main dalam kelas. Memang pantang aku. Tapi lepas marah tu aku rasa kesian pulak. Jalan penyelesaian aku, aku benti kerja. Kalau dengan kawan-kawan lain pulak, aku suruh dorang cari orang lain untuk ajar dorang. Sebab aku tak nak la dorang terasa hati dengan aku.

Jadi cikgu tadika ni besar tanggungjawabnye. Jadi aku rasa aku memang tak layak la jadi cikgu. Kesian budak-budak  tu, sampai ade yang takut nak datang kelas sebab aku. hehehehe..Bab membuli aku paling pro. Hahahahaha. Hari-hari ada je budak yang menangis sebab aku kurung dorang dalam kelas. Aku buat macam tu kat budak-budak yang  nakal je. Yang baik dalam kelas aku tak kacau. Hahahahhaha.

Oleh sebab tu aku tak suka mengaja orang sebab aku ni cepat marah tapi aku try kawal, kalau selalu marah-marah pun tak baik jugak kan. Lekas tua. Hahahahahahahaha...Dalam garang-garang aku, aku ni gila-gila orangnya. Tak caya?? Kalau tak caya kawan dengan aku dulu baru tau.

Ok nak balik..Babai..


p/s lapo le plak.

Comments

nini said…
sama la kita...garang...hehe
Zul fattah said…
ko memang kejam r.. haha..:P
msredcheesecake said…
msred tak suka jadi cikgu sbb kurang sabar nak ajar org... hheee... cam sama kan kita...
cik tin said…
sebab tu sy da pndai skrg..sebab akak garang sangat..hahahah

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da