Skip to main content

Ade Ke Patut Die Suruh Aku Menipu (~_^)

Assalamualaikum w.b.t

Ni bukan entri mengumpat tau. Ambil pengajaran daripada apa yang aku nak cerita ni. Semalam lebih kurang dala pukul 11 malam, aku dah kira-kira duit, untuk tukar shift. Dari dalam lagi aku dah nampak van security yang bawak duit untuk di masukkan dalam mesin ATM. Tapi aku buat tak tau je la sebab memang dah biasa van tu datang. Dah dalam kedai tu ada tiga mesin ATM.

Tetiba datang salah sorang dari mereka ni kat kaunter sambil bertanya.

security: bang, tadi bank ada telefon ye?

wak: aah.

security: tapi kite orang tak boleh loading lepas pukul 10 malam. bahaya bang.

Pulak dah. Bukan kita orang yang call korang suruh masuk kan duit. Bank yang telefon. Lepas tu mamat tu pun keluar, aku tengok dia cakap dalam telefon. Lepas tu dia masuk balik. Dia cakap kat aku.


security: Kak nanti orang bank akan call sini, akak cakap la dah tutup, bos tak bagi masuk. Bahaya kak kalau loading sekarang.


Amboi pandainya mengaja aku. Aku angguk je la sebab malas nak layan. Kerja aku sendiri pun belum settle lagi. Aku pun tak faham la kenapa dia tak nak loading duit tu sedangkan dorang dah sampai. Kalau dorang tak nak loading lebih dari pukul 10 kenapa tak bagi tau bank???

Tak lama lepas tu telefon bunyi. Wak suruh aku angkat Dia cakap mesti orang bank yang call. Aku pun dengan rasa kemalasan yang teramat, jawab panggilan tu. Memang betul orang bank.


Orang bank: Kak, boleh tak bukak kedai sekejap sebab orang kami nak loading duit.

Aku: Tapi kite orang dah nak tutup. (akhirnya aku menipu jugak. menolong org yg salah)

Orang bank: Sekejap ke kak, dorang dah sampai tu.

Aku: Sekejap ye.


Aku on hold, aku cakap kat mamat kat depan tu orang bank suruh dia masuk jugak. Lepas tu die suruh aku cakap kat orang bank, bos aku tak bagi masuk. Ni dah melampau men bos ni. Kang kalau kena komplen aku dulu yang kena. Memang menaikkan darah aku sungguh. Mamat tu nak cakap dengan orang bank Aku tak tau la apa yang dia cakap kat orang bank tu. Lepas tu orang bank call aku balik. Dia suruh jugak bukak kedai. Masalahnya sekarang ni kedai memang belum tutup lagi, mamat security tu yang tak nak loading duit. Lepas tu suruh aku menipu pulak.

Last sekali bila aku dah geram. Aku terus terang je kat orang bank tu.

Aku: Kak, kedai tak tutup lagi, dorang ni yang tak nak masuk. Dia cakap bahaya.

Puas hati aku. Bukan aku nak bertindak kejam kat dorang. Mesin atm dengan kite orang memang tak ada kena mengena. Korang punya kerja korang buat la. Ni sampai nak libatkan bos aku kenapa. Sedangkan bos aku tak tau apa-apa. Kalau orang bank tu buat complain kat petronas, kita orang jugak yang kena. Biar la kalau dia nak marah kat aku. Bukannya aku yang call dorang suruh loading duit.

Kalau korang jumpa dengan orang yang macam ni apa korang akan buat?






Comments

IntaNBerliaN said…
oligo ni keje apa yer?..

akak duk dkt amanjaya.. pas kawen akak pindah sini..

dulu study mana?
IntaNBerliaN said…
oo keje hong leong... ok.. blh je jumpa.. kalau akak xblik kg, blh la kita jumpa.. hihii
aReLaN said…
jge kedai yg ade atm ke???hmm..aiya,xnak buat keje pon agak2 la mamat security tupon smpi nk sruh org len menipu lk.ish3
anumuchan said…
2x sy baca nk kasi paham..hehe..aaa gitu ehh..pelik pulak security tu..lain la kalau ada rules ckp xleh loading duit after jam 10 ke..isk2..tapi sy pn x arif bab2 keje depa tu xleh ckp lebih2 pulak..huhu..tp xyh la nk suruh tipu2 kan..baik suh dia sendiri ckp dgn org bank tu..lg sng..huhu
Nasz said…
entah la. saya pun tak pasti apa akan saya buat. pastu, dorang mesti loading duit dengan muka masam dan tak puas hati kan?
cik tin said…
senang je..KITE BAKO JE.......!!!!hahahahah
Nur Fauzi said…
jangan bakoo..tebabooom stesen minyak nanti.

security tu, kasi repot je pd bos.
tatak baik maa tipu2 buat kelija

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da