Skip to main content

I'm coming back setelah bercuti sakit selama dua minggu lebih... =D

Assalamualaikum w.b.t

Adoi..aku kangen band...hahahhahaha...Tetibe je, dah sewel agaknye sebab kepala terhentak atas  jalan. 

Saje je nak bergurau dengan korang. Rindu wei dua minggu tak dapat tengok blog. Dah la umah tak de internet, pastu terlantar sakit plak mase raye. Seb bek la sempat gak beraye siang tu. 

Pade kawan-kawan yang mendoakan aku sembuh dengan cepat terima kasih sangat-sangat. Tak tau nak balas jase korang tu macam mana. Kalau ade rezeki aku belanja korang makan nak?????

Alhamdulillah sekarang aku dah sihat, dah boleh jalan, dah boleh makan suap sendiri, dah boleh pergi toilet sendiri, walaupun bukan sembuh sepenuhnya dan mengalami perubahan yang kekal pada anggota badan aku ni. Tapi aku redha dengan KETENTUANNYA. Disebalik kesusahan yang aku alami ni Allah S.W.T sertakan dengan kesenangan. Makan mak aku suap, senang le tu kan. Muahahahahahaha...Sepanjang terlantar sakit, dalam kepala aku cuma pikir satu, ada orang lagi susah dan lagi sakit daripada aku walaupun menitik jugak air mata aku nak menahan sakit satu badan.

Pada mak, abah, yong, nyah dan adik-adik thanx jage Oli sepanjang Oli sakit ni. Oli mintak maaf kalau sepanjang Oli sakit ni Oli banyak menyusahkan korang semua especially mak. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian semua.

Pada kawan-kawan yang datang melawat, menelefon, sms, facebook, email, blogger, terima kasih sangat sangat sangat. Rasanya ucapan terima kasih aku ni tak cukup untuk membalas jasa korang ni. 

Dan sebab eksiden ni jugak, menyedarkan aku banyak perkara. Silap aku yang lalu. Dosa-dosa yang lepas. Dan menjadikan aku lebih kuat untuk meneruskan sisa hidup ni.

Huh, teremo plak aku. Kesian kat aku, lepas eksiden baru terasa eksited nak raye bile dengar lagu raya. Sebelum eksiden tu memang aku tak rase macam raye pun. Rupenye nak kena langgar. Huhuhuhuhu....

Di pagi raya sebelum eksiden. Nampak sangat menipunye, Bunga raya mane ada bau.
Aku sempat lagi beraya pagi tu. Malamnye baru aku eksiden. Tapi aku sendiri tak tau macam mana kejadian dan keadaan aku. Semuanya kakak dengan adik aku yang cite. Sebab adik aku pun eksiden sekali dengan aku, cume dia tak teruk macam aku..

Baju raye aku selepas di gunting oleh Doktor 

Ni la rupe baju raye aku sebelum dan selepas eksiden. Koyak rabak dan kena gunting. Sedih aku rase sebab baju tu kawan aku a.k.a housemate yang bagi. Raye haji ni aku nak mintak yang baru dari dia untuk menggantikan baju yang ni. Muahahahhahahaha... Keji punya kawan...

Pape pun aku bersyukur sebab aku masih lagi selamat dan bernyawa kat muka bumi ni. Alhamdulillah..


P/S: Aku tak merempit tau, orang yang langgar aku dari tepi, pastu lari plak..kuang ajak btol.

Comments

Zul fattah said…
Baguslah.. sedih dngar cite ko..? sabaq r.. aku pun ada cacat jugak la..
redha je..
anyway.. happy blogging Oligo..
QasehnyaRania said…
gitu kesahnya.....
ciksu pon penah xcident juga...
kenangan semua tuh..
indahhiasan said…
ye cik sue..sedih wooooo..

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da