Skip to main content

Ko nak Segak? Ikut Petua Soo Wincci

Salam Ramadhan...


Pepagi hari mate aku dah mengantuk. Kelopak mate ni rase macam melekat. Dah banyak kali aku menggeliat ke kiri dan ke kanan. Kalau begini rupenye memang elok le pegi amik bantal. 



Hari ni aku nak share kat korang tips kecantikan. Share je tapi aku pun tak penah buat. muahahahaha.. Aku bace paper Harian Metro kat tempat keje tetibe terjumpa aweks santek ni punye artikel. Die dok cite la tips kecantikan die kat dalam paper tu..Sumpah la aku tak kenal die sebelom ni. Namenye pun aku tak penah dengar. Kalau die lalu tepi aku, mesti aku buat bodoh je. Cube kalu Anuar Zain yang lalu tepi aku...kompon sasau kat situ jugak.Muahahahhahaha





Name die Soo Wincci berbangsa cina dan pandai bercakap dalam lima bahasa, inggeris, melayu, perancis, cina dan Jepun. Mak kau, banyaknya, bahasa melayu aku pun lintang pukang dia  boleh bercakap sampai lima bahasa.
Awek Santekk yang aku cakap tu die ni la

Patot le cantik engko...Miss Malaysia ghupenye. Tapi die penah cakap dulu berat badan die penah mencecah 65 sampai mak die panggil die Godzila. Hebat betul Godzila dah jadi Miss Malaysia. Muahahahaha..Kalau korang nak cantik macam die ni, meh ikut petua dia. Kompom lepas ni korang plak jadi Miss Malaysia tak pun Miss World terus..senangggggg.


Before aku terlupa dia guna prodah Anew yang dari Avon tu je. Mati-mati aku ingat dia pakai produk mahal ribu riban..Baca kat bawah ni petua yang di amalkan oleh amoi santekk ni


Petua Penjagaan Wajah yang diamalkan oleh Wincci:

1> Oat dan Lemon digunakan sebagai bahan sental kerana ia membantu mengecilkan liang roma selain membantu memutihkan kulit.

2> Bagi menghilangkan bekas jerawat dan jeragat sile gune kulit pisang.

3> Pisang yang dilenyek dengan madu elok dijadikan topeng penyegar wajah.

4> Untuk kesihatan rambut, Wincci mengamalkan menyapu campuran putih telur dengan minyak zaitun.

5> Untuk mendapatkan berat badan yang ideal Wincci mengamalkan mengambil jus nyahtoksin campuran sayur-sayuran dan  buah buahan yang dibuat sendiri.


Selamat Mencuba!!!!!!!!!!!

Comments

shaliza khairi said…
whoa! berat 65 dlu? sekarang dah jauh beza dengan 65. betul2 berjaya diet dia nih. huu~
Unknown said…
memang cantik gile wincci ni..tapi mcm xpcaya je berat dy smpai cecah 65,xde gambr masa dia jadi godzilla tu ker?hehe

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da