Skip to main content

#Giveaway: AKU BELI KE TAK????????

ini adalah entri melekat..sile scroll ke bawah ye...

Salam Ramadhan...

Di pagi Isnin yang mulia ni, aku harap semua rakan blogger dan bloggir sekalian sehat walafiat dan dapat berpose dengan jayanya...=)

Tetibe terase teringin buat GA pepagi bute ney...Setelah kebengangan sebab tak de elektrik kat pc aku, aku pegi balun pc yang lain untuk menjayakan hasrat murni ni. Korang di alu-alukan untuk join GA ni..Senang macam makan cucur pisang je GA aku ney...Korang bace dulu cite aku kat bawah ni dari mula sampai habis. Pastu macam bese la kan, tinggal kan comment berserta jawapan korang. Tak payah nak copy paste banner aku yang x santekkk tu.Tarikh tutup adalah 26 August (hari sabtu tu aku dah balik kampung hehehehhe) Senarai 5 pemenang bertuah (hadiah nanti aku bagi tau erk..) akan di beritahu lepas raye =) Kalau ade rezeki lebih, Insyaallah akan tambah lagi lima pemenang bertuah..Doakan aku murah rezeki ye, nanti aku share ngan korang..muehehehehhehe

Ceritanya.....

Last month aku punya kad bank hilang. Pastu end of the month aku pergi la buat yang baru. Lepas semua urusan settle, aku di suruh pergi kat customer service untuk ambil kad baru yang hok segak bergaye tu..Aku di layan oleh seorang  kakak yang murah dengan senyuman. Nama kakak tu adalah Nazarina. Kak Nazarina bagi kad bank aku lepas tu die tanye aku kerja ape, Aku pon story mori la aku keje ape.Kemudian dia tanya aku, ade insurans ke tak, aku jawab la tak de (mmg tak de pun, takmampu nak baya) walaupun hakikatnye aku berkerja kat company insurans. Muahahaha..Memang tak sayang nyawa betol aku neh. Lepas tu die offer aku amik satu produk insurans. Dia ni ejen insurans jugak rupenye, tapi bukan untuk bank di mana tempat dia bekerja tapi insurans company len...

Produk yang die tawar kan kat aku agak menarik, sebab dia ada saving, protection dan haji, (kalau ko mati ade upah haji) dengan bayaran bulanan yang rendah. Orang gaji kecik macam aku ni boleh la nak bayo. Memang tawaran die sangat sangat sangat menarik Tapi aku ni plak, dah banyak kali ejen insurans nak jual produk dorang kat aku, aku berminat tapi aku tak beli. Jadik..soalan aku, KORANG RASE KALI NI AKU BELI KE TAK INSURANS DENGAN KAKAK TU????


Haaaaaaa..senang je kan GA aku neh...Ape lagi..sile teka sile teka. Di bulan yang mulia ni teringin la aku nak buat amal jariah sikit. Tak dapat buat kat lua buat dalam blog pon jadikkkk..Hantam saja...Untuk memudahkan korang mengetahui siapa pemenang untuk GA ini, di alu-alukan untuk follow blog yang tak bape nak santekk dan hebakk ni..Tiada paksaan k...Selamat meneka!!!!!


P/S Boleh promote GA ni kat kawan-kawan blogger len untuk memeriahkan suasana  =)

Comments

Unknown said…
penting tu insuran.....amiklah....sekurang²nya 1
Golden Rose said…
sha rase oli akan beli insurans tu cos tawarannya agak menarik beserta bayaran bulanan yang rendah...moga oli dimurahkan rezeki selalu
IntaNBerliaN said…
Saya teka BELI.. hihi
Munn Jaafar said…
yg pastinya selidik habis2 dulu ttg syarat dan terma insurans tu.xnak blaku indah khabar dr rupa...kalau semua clear, dan oli mampu, ambil lah...insurans ni pnting..kalau bkn utk kita sekalipun, utk org tersayang... =)
shaliza khairi said…
macam tak beli je gamaknya. kan oli kata, biasanya oli berminat dengan tawaran dari ejen insurans tapi tak beli jugak. mungkin kali ni sama kot situation nya. sangat sangat sangat berminat tapi tak beli. hehe

salam ramadhan ^^
Unknown said…
Qyla ase Oli tetap TAK BELI !
keh3 .
same mcm sbelum2 nye . berminat tapi tak beli . so, Qyla ase Oli still mcm tu . PENDIRIAN tetap lah katekan . :)
Ayu Ayunie said…
sy vote awak BELI.. hehe..
indahhiasan said…
korang boleh teka banyak kali pun tak pe..sebab tarikh tutup masih lambat lagi..
Admin said…
hati2 ngn insuran. hehe. tgk ap company. skrg servis tgh bagus prudential. baik ambil. sbb kita x tahu ap yg akan berlaku. xyah insuran hayat. amik yg biase2.
ct wawa said…
saye teke ea....jeng2x.... saye rase kamu beli=)
Zul fattah said…
Oligo : jawapan ko bagi salah la..cuba lagi..

utk GA ni..aku jawab eh.. ko beli r..sebab ada upah haji woo..
Zul fattah said…
OligO : blog pencinta bulan tu..member aku punya.. aku just author je.. huhu..
Cik Reen teka beli!!! hehehe

cik reen tag kamoo tuk join GA nie : http://siluncaimalang.blogspot.com/2011/08/first-ga-cr-perlukan-rakan-alam-maya.html
Zul fattah said…
http://zulfattah.blogspot.com/2011/08/contest-seo-aku-anak-malaysia-merdeka.html

click ni..haha..harap2.. aku menang..
macam mana? jawapan teka teki aku?

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da