Skip to main content

Yeahhhh!!!!!aku KUAT!

Assalamualaikum w.b.t.


Hati rase berdebar2 ni...mmmm..bese la tu kalau dapat berita yang mengejutkan. Berdebar-debar sebab sedih kot. Sedih sebab lepas ni dah tak de geng kat tmpt keje, sebab kawan baik aku dah dapat keje kat tmpt lain. Aku tau aku tak boleh ade perasaan macam ni. Kalau dia tau aku sedih die nak benti mesti die pun sedih. Aku kena redha, percaya dengan takdir tuhan. Mungkin pengembaraan die bersama aku sampai kt sini je. Aku bersyukur sangat-sangat. Sebab dia la yang tolong aku dapatkan kerja kat sini. Dan di sebabkan itu aku tak perlu nak rasa kecil hati atau berprasangka buruk pada dia.

Apatah lagi dia kawan  baik aku yang telah banyak menolong aku. Rasenye tak terbalas jasa dia kat aku. Cuma yang mampu aku b uat doakan kejayaan dia dan kebahagiaan dia. Aku doakan dia akan bertemu sahabat baru yang akan memahami dia dan akan menyokong dia dalam setiap perkara (perkara yang baik je taw).

Syukur alhamdulillah dengan nikmat dan kurniaNYA ke atas diri aku. Ape yang aku ada sekarang rasanya sudah mencukupi. Mungkin yang belum cukup ilmu didada dan tahap keimanan aku yang menipis ni. Mungkin aku perlu tingkatkan nye lagi agar tidak terbabas di kemudian hari. Aku sedar, aku ni manusia biasa yang lemah dan mudah goyah iman bila berdepan dengan dugaan. Semoga Allah S.W.T memelihara aku dan sahabatku ini daripada dosa, maksiat dan godaan syaitan.


Kepada sahabat yang aku sayangi, aku doakan ko happy kat tempat keje baru. Bila-bila ko perlukan aku, datang je. Aku terima dengan hati yang terbuka dan gembira. Semoga persahabatan kita kekeal hingga ke akhir hayat..Insyaallah....

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)