Skip to main content

Pinggang Hancur???????

Assalamualaikum w.b.t

Tadi lepas solat zuhur, As bagi tau petang semalam mase kite balik dari keje ade orang eksiden.

Meninggal dunia..Innalillah hi wainna ilahirajiunn..Meninggal sebab kena lenyek dengan lori.
Dorang2 ni cakap arwah on the way nak amik isteri die balik dari keje. Isteri die satu tempat keje dengan aku la.
Kesian isteri dia. Harap roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Minggu lepas pon mase balik kampung, ade eksiden kat atas jambatan. Tapi tak tau la keadaan mangsa tu macam mana. Aku just nampak kereta remuk teruk. Lepas tu ade darah kat atas jalan. Dalam masa yang sama ada ambulance sampai. 


Bile tengok sume keadaan tu memang menakutkan aku. Ye la aku pegi keje nek moto. Sangat-sangat terdedah dengan bahaya. Apetah lagi aku baru je lepas eksiden, Fobia tu tak ilang lagi. Walaupun tak cedera teruk tapi cukup buat aku takut kalau ade moto lain yang dekat dengan aku.


Kebanyakan yang bawak moto ni lelaki. Jarang la aku jumpe penunggang moto yang bernama lelaki ni bawak perlahan. Kalau ada pun yang pak cik2 ni je.. Aku pun tak paham la nape dorang suke bawak moto laju2, kalau jalan tu kosong tak pe..ni berderet moto kat belakang. Kalau die jatuh sorang2 tak pe, kalau dah melibatkan org lain, ape cite?


Harap dorang sayag la nyawa sendiri. Kalau dorang lebih berhati-hati mungkin dapar mengurangkan kadar kemalangan. Ingatlah orang yang tersayang..

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da