Skip to main content

lebih expert dari beruk....

Assalamualaikum w.b.t


Tengah dok sibuk scan dokumen yang banyak giler ni tetibe teringat kenangan memanjat pokok manggis kat umah lame dulu. Aku ingat semua pokok manggis tinggi menggalah macam pokok manggis kt umah aku, rupenye, pokok manggis kat umah aku je yang terlebih sihat.


Bile time pokok manggis tu berbuah, berebut la aku dengan kakak aku nak memanjat. Sebabnye kite orang nak tengok sape boleh dapat amik buah tu lagi banyak. Siap berlawan lagi. Last skali makan sesame jugak. Ape daaaaa...


Asalnye aku tak pandai nak panjat sebab pokok tu tinggi sangat. Oleh kerana sifat kejelesan yang ada dalam diri aku ni bile menengok kakak aku panjat pokok tu, aku pun ape lagi. Dengan penuh keberaniannye, aku pun panjat la pokok yang tinggi tu. Dah la dahan tak banyak. Memang ngeri. Kalau jatuh berkecai tulang belakang.


Dan aku berjaya panjat pokok manggis tu. Alangkah gumbiranya hati. Bile sampai kt atas, aku relek jap sebelum mencari buah manggis yang dah masak. adik aku tunggu kat jadi tukang kutip. Kalau nasib tak baik buah manggis jatuh atas kepala. Memang terasa mcm nak pitam. Adik aku tolong unjuk kan galah dari bawah. memang tak terjangkau tangan aku nk petik buah manggis tu. semuanya kt hujung dahan. Kang buah manggis th ke mana, aku tah ke mana. Sedap tak sesedap mana, sakit plak yang melebih-lebih.


bile bijik mate ni dah tak nampak buah yang dah masak, aku pun turun la dari pokok..Tapi aku ni ade masalah naik pandai turun tak pandai. Hahahaha..memang menggetar kepala lutut aku kalau nak tutun dari pokok yang tinggi dan beso tu. Tapi lame2 dah expert. Beruk pun kalah.hahhahaahaha

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da