Skip to main content

Ustazah tak bertauliah - akulah tu...

Salam..
Semalam (18/04/11) setelah berfikir semasak-masaknya aku mengambik keputusan untuk mengemail seorang kawan lama aku ni. Email bukan untuk bertanya khabar. Tapi email menasihati. Setelah mendengar cerita yang kurang enak, aku sebagai kawan die, rase memang patut aku tegur die. Bukan nak menyebok tapi sekadar memberi nasihat. Bukanlah kawan yang baik kalau aku sekadar tengok je. Lagi pun hati aku ni tak bape sedap dan mula risau. takut perkara yang tak baik berlaku.

Aku pun mula la manaip email yang panjang lebar. Perasaan mase taip email tu bercampur baur, rase marah dan geram. Tapi baru aku teringat, aku ade bace satu blog tu, kalau nak tegur orang kena betul carenye, baru orang akan ikut nasihat kite. tak banyak sikit pun mesti ade. mula-mula ayat aku memang agak pedas la, berkali-kali aku bace email tu, lepas tu aku pun edit balik supaya karangan aku tu boleh dapat A plus.. dah mcm budak skolah punya karangan plak.

Aku berceloteh la ape yang patut. Tapi teori aku tu bukannye aku reka memandai aku, aku amik berdasarkan sumber2 yang boleh dipercayai, contohnye buku2 ilmiah dan blog2 ustaz yang aku bace. yang baik tu kite patut kongsi bersama kan. Sebelum send aku suh la kawan aku bace dulu. Bukan ape takut kurang ajar sangat bahase aku nanti. Bile die kate ok aku terus je send..Cuak jugak sebenanye. Bukan ape takut kena maki..huhuhuhuhuhu..tapi kalau aku dah send kat die, bermakna aku kena berani mengambil risiko.

Sampai kat ofis pagi ni aku terus bukak email. Hmm..memang dia reply. Berdebar-debar hati aku ni bile nak membacanya. Tapi alhamdulillah die terima dengan baik. Sebagai kawan itu je yang aku mampu lakukan. Selebihnye berdoalah pada Allah S.W.T..Aku doakan yang terbaik je untuk die. Mudah-mudahan Allah akan membukakan jalan untuknya.....

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)