nuffnang

Wednesday, March 23, 2011

Idea untuk menambah pendapatan pls....

Insyaallah kalau dapat kebenaran mak dan abah, bulan sembilan ni sambung degree..Tapi tak pasti lagi course ape yang aku dapat...Sekarang ni kena dah kena mula kumpul duit...Memandangkan tanggungan yang dah bertambah dan bil ptptn yang tertunggak, pendapatan bulanan aku tak de la cukup sangat..

Sekarang ni aku tengah mencari idea macam mana nak tambah pendapatan. Aku buka blog Hajah Noraini, berminat pula nak belajar buat kek dan kuih...Belajar memang boleh. Tapi aku tak ada peralatan yang cukup untuk praktis kat rumah. Maknanya kena beli peralatan dulu baru boleh amik kursus.. Duit lagi. Macam mana aku nak tambah pendapatan untuk dapatkan peralatan buat kek tu dulu ye?

Hmmm..mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan semangat aku tak kan padam untuk buat bisnes ni..Insyaallah..amin...

No comments:

anda mungkin meminati: